Enter content here

Enter content here

Enter content here

130609kkbantal.jpg

Klinik Kesihatan Kg. Bantal merupakan salah sebuah klinik kawasan pedalaman yang terletak di Mukim Ulu Tembeling, Jerantut.Klinik Kesihatan ini mula beroperasi pada 28  Jun 1971 dengan gelaran Gedung Ubat Tetap sehinggalah di naik taraf dan diselaraskan nama kepada Klinik Kesihatan pada Jun 1987.

Klinik ini memberikan perkhidmatan kesihatan kepada 2035 orang penduduk mukim ini (Laporan Pejabat Penghulu Mukim 2009).Terdapat beberapa Klinik Desa yang beropersi di bawah jagaan klinik ini iaitu KD Kg. Pagi,KD Kg.Kuala Sat,KD Bkt.Mat Daling, manakala KD Gusai masih dalam pembinaan. Pada Mac 2009 ini KD Kg. Pagi telah dipindahkan kepada jagaan Klinik Kesihatan KualaTahan.

Majoriti penduduk di kawasan liputan adalah melayu dan hanya sedikit bilangan penduduk kaum asli.

 

Perkhidmatan klinik ini yang setaraf perkhidmatan luar bandar lain yang meliputi Klinik Ibu & Anak, Rawatan Pesakit Luar.Klinik ini juga mempunyai Pasukan Kesihatan Bergerak yang memberi perkhidmatan kepada penduduk di Kg Gusai, Kg Bukit Mat Daling,Kg Kuala Sat.