Make your own free website on Tripod.com

PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT LUAR DI KD PADANG PIOL

10.2.2011: KD Padang Piol menepa sejarah sebagai Klinik Desa pertama dari 28 KD seluruh daerah ini yang memberikan perkhidmatan rawatan pesakit luar. Perkhidmatan yang mula beroperasi hari ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,200 masyarakat di kawasan sekitarnya.Seorang Penolong Pegawai Perubatan akan memberikan perkhidmatan setiap hari bekerja manakala lawatan doktor perubatan sekali sebulan.Buat permulaan perkhidmatan hanya untuk pesakit kronik yang sebelum ini mendapat rawatan di Hospital Jerantut dan kes-kes ringan sahaja.Editor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Pasukan KOIR PKD Jerantut, Mempersembahkan Nyanyian Sihat Sejahter di Sesi Perhipuna Pagi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROJEK KK3 BANDAR JERANTUT BERNILAI RM25 JUTA BERJALAN LANCAR

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perkembangan Projek KK3 Bandar Jerantut sehingga ke tarikh hari ini 19.1.2011

 

CATATAN EDITOR

Salam Maal Hijrah 1432 H, Salam Tahun 2011 Kepada Wargakerja PKD Jerantut. Pertamanya kita mensyukuri nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita, panjangnya umur kita dapatlah kita menikmati dan meneruskan catatan hidup kita seterusnya, jika diizinkan. Terfikir sejenak! Adakah kita masih memanamkan azam baru setiap kali tahun baru, kita kena lihat apakah yang telah kita laksanakan ditahun sebelumnya!..Lihat dan renungkanlah wahai teman!.Apakah kita menanamkan konsep hijrah dalam hidup kita setelah berubahnya  tahun hijrah?. Sebagai wargakerja PKD tentu kita merasakan tiada apa-apa yang nak dihijrahkan dalam cara kerja kita, kita menganggapkan sama seperti tahun sebelumnya.Tentu sekali tidak!!. Cuba lihat kepala surat dari jabatan yang telah kita terima, pihak jabatan telah memulakan konsep hijrah melaluii sesuatu yang kita tidak perasan mungkin! Lihat tulisan jawi tersebut, sebelum ini tiada, jabatan telah adakan, sekurang-kurangnya kita nak promosi memertabatkan tulisan jawi! Tetapi ada satu yang lebih penting..jabatan mengingatkan kalau melihat tulisan jawi sudah tentu berkait dengan Al-Quran kitab suci kita. Bila kita ingat quran sudah tentu kita baca dan faham maksudnya, ini akan melahirkan rasa cinta kepada agama, dalam agama kita menzahirkan bagaimana cara kehidupan kita bekerja mengikut perintah al-quran.Akhirnya matlamat konsep  hijah yang jabatan buat, walaupun nampak sedikit tetapi besar harapannya.Wallahuwaklam.