Make your own free website on Tripod.com

 Aluan Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut

 

Syukur alhamdulillah, seiring dengan era IT dan teknologi komunikasi yang canggih, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah berjaya menghasilkan elektronik bulletin dengan nama e-KesJeR  . Adalah diharapkan Buletin e-KesJeR mampu memberi manfaat dan maklumat kepada masyarakat dan anggotab mengenai perkhidmatan yang disediakan. Selaras dengan hasrat Perdana Menteri agar masyarakat akan menjadi celik komputer dan IT, e-KesJeR ini akan dapat merangsang minat mendalam masyarakat terhadap bidang baru ini.

Dengan adanya bulletin  ini juga  adalah diharapkan masyarakat serta individu akan mendapat manfaat dan maklumat terkini mengenai isu-isu dalam kesihatan terkini yang dirangkaikan dengan website Kementerian Kesihatan Malaysia.

Akhir kata, adalah diharapkan dengan terbentuknya laman Buletin  e-KesJeR, masyarakat akan lebih memahami fungsi Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa. Laman ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan maklumbalas yang berguna dan berkesan kepada anggota masyarakat.

Selamat melayari Buletin e-KesJeR.

Sekian, terima kasih.

 

DR. WAN ABD  RAHIM  B WAN MUHAMMAD

Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut

s.gif