Klik Untuk Senarai Klinik Kesihatan Primer


Wawasan

Penjagaan Kesihatan Primer Menjadi Teras Perkhidmatan Kesihatan  Ke Arah Keluarga Sihat Dan Kehidupan Yang Berkualiti

Misi


Untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang effisien, berkesan,mampu dan mudah diperolehi, berteknologi sesuai diperingkat lawatan pertama bagi keluarga di dalam memperomosi  dan mengekalkan tahap kesihatan serta mempercepatkan pemulihan penyakit.


PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER

Objektif Am

Memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan primer dari segi segi promosi kesihatan, pencegahan penyakit, pengesanan awal dan rawatan segera, limitasi penyakit dan rehabilitasi di samping meningkatkan perkhidmatan sokongan pembangunan sumber manusia dan pelaksanaan tele-jagaan primer.

Objektif Khusus

§  Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bersepadu dan komprehensif pada peringkat temu pertama dengan masyarakat. 

 

§  Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat ke arah penjagaan kesihatan diri dan keluarga yang mantap.

 

§  Mewujudkan kerjasama dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan ke arah perkhidmatan kesihatan primer yang bersepadu dan tanpa sempadan.

 

§  Menyediakan perkhidmatan tele-jagaan primer untuk poliklinik komuniti dan klinik desa

§                              

WAWASAN KLINIK KESIHATAN

Klinik Kesihatan adalah tempat temu pertama yang memberikan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti tinggi bagi meningkatan status kesihatan penduduk dan masyarakat setempat.

MISI KLINIK KESIHATAN

Memberikan perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitative berkualiti yang berkonsepkan sihat dan sejahtera kepada individu dan masyarakat melalui kerja berpasukan dan penglibatan komuniti/masyarakat.


MATLAMAT KLINIK KESIHATAN

* Meningkatkan taraf kesihatan

   Meningkatan pencapaian tahap kesihatan masyarakat kepada tahap yang optimum menjadikan mereka lebih produktif.


* Memperbaiki kesaksamaan akses kepada perkhidmatan

§  Memastikan kesaksamaan akses kepada perkhidmatan yang menyeluruh (Komprehensif) yang disediakan mengikut keperluan masyarakat setempat.


* Meningkatkan kualiti jagaan dan perkhidmatan