Enter content here

Enter content here

Enter content here

kkdamak.jpg
Klinik ini pada asasnya terdiri dari 2 bangunan iaitu satu bangunan untuk Klinik Pesakit Luar dan satu lagi untuk Klinik Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak. Terdapat 4 buah Klinik Desa yang berada di bawah penjagaannya iaitu KD sungai Lekok, KD Kg. Baru, KD Ulu Cheka dan KD Batu Balai
Klinik ini terletak kira-kira 26 km atau setengah jam menggunakan kereta dari Bandar Jerantut. Kedudukannya adalah di antara balai Penghulu Mukim Ulu Cheka dan Pondok Polis Damak. Keluasan kawasan operasi klinik ini adalah kira-kira 296 batu persegi (766 km persegi) bermula dari Sg. Lekok hinggalah ke Kg.Sempadan.

Seperti klinik-klinik kesihatan yang lain, Klinik Kesihatan Damak memberikan perkhidmatan kesihatan asas seperti Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Perkhidmatan Pesakit Luar, Klinik Perancang Keluarga, pemeriksaan darah dan air kencing, Kesihatan Alam Sekitar dan Kawalan Penyakit Berjangkit dan Klinik Bergerak

ABC atau Pusat Bersalin Risiko Rendah adalah antara perkhidmatan yang ada di Klinik Kesihatan Damak. Pusat ini telah siap dibina pada awal 1996 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997. Pusat ini ditubuhkan adalah untuk menyambut kelahiran yang tidak bermasalah semasa hamil. Ia juga dapat memberi kemudahan kepada ibu yang tidak mampu pergi kehospital, tinggal jauh dipendalaman, keadaan rumah yang tidak sesuai untuk menyambut kelahiran.