Cawangan  Kesihatan  Primer  merupakan  salah  satu  cawangan  terbaru  ditubuhkan  pada tahun 1996 berbanding dengan cawangan kesihatan keluarga dan pemakanan lebih dari 30 tahun  yang  lepas.  Bermula  dengan  fokus  untuk  membangunkan  perkhidmatan  Pakar Perubatan  Keluarga,  fungsinya  telah  dikaji  semula  meliputi  bukan  sahaja  perubatan keluarga tetapi lebih menyeluruh iaitu penyampaian perkhidmatan primer diperingkat temu pertama   yang   di   beri   oleh   kementerian   kesihatan.   Malahan,   usaha   untuk   melihat perkhidmatan primer yang diberi oleh sektor swasta di beri perhatian agar satu dasar atau kaedah   yang   komprehensif   yang   menekankan   ekuiti   dan   kesaksamaan   dapat   di ketengahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia


Sub Cawangan

 

Terdiri daripada 4 sub-cawangan iaitu:

  • Polisi Kesihatan





SUB CAWANGAN PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN 

WELLNESS DAN KLINIKAL

 

Pengenalan      

 

Sub-Cawangan ini bertanggungjawab merancang, melaksana, memantau dan menilai perkhidmatan kesihatan yang disediakan di klinik kesihatan.  Ini membolehkan program-program dan aktiviti-aktiviti kesihatan yang diimplementasikan untuk masyarakat lebih komprehensif, bersepadu, efisien dan berkualiti

Perkhidmatan yang diberikan ini merangkumi 5 peringkat penjagaan kesihatan primer iaitu promosi kesihatan, perkhidmatan pencegahan penyakit berteraskan konsep wellness, penjagaan perubatan termasuk bantuan kecemasan, limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi.


Objektif

 

1. Untuk memperkukuh dan mengintegrasikan aktiviti pencegahan dan penilaian risiko penyakit, pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit dan rehabilitasi penyakit.

2. Untuk memperkukuh dan mempertingkatkan kerjasama serta penglibatan komuniti dan sektor swasta ke arah penjagaan kesihatan primer yang mantap, bersepadu dan tanpa sempadan. aktiviti-aktiviti kesihatan terutama promosi kesihatan dan pencegahan penyakit bagi memperbaikki status Kesihatan masyarakat dengan lebih berkesan.

3. Perlaksanaan kesihatan wellness di klinik-klinik dilaksanakan secara bersepadu.


Strategi

 

1.1  Penglibatan masyarakat secara aktif bagi mengurangkan mobiditi dan motaliti penyakit.

1.2  Perkhidmatan yang disediakan di klinik-klinik kesihatan adalah mengikut prosedur dan standard serta garis panduan yang ditetapkan

1.3   Penyediaan perkhidmatan bantuan kecemasan primer yang lengkap, berkesan dan berkualiti oleh anggota yang mahir dengan sistem komunikasi dan rangkaian yang efektif dengan perkhidmatan di peringkat sekunder

1.4  Perkhidmatan rehabilitasi, paliatif dan perawatan di rumah, klinik dan komuniti dilaksanakan bagi mengurangkan disabiliti, mobiditi dan motaliti penyakit bagi meningkatkan kualiti hidup.


Aktiviti

 

3.1 Mempertingkatkan kapasiti penglibatan masyarakat bagi memperbaiki status Kesihatan komuniti melalui 'community action'.

·      Mengenalpasti dan menyenarai keutamaan aktiviti komuniti yang memberi impak kesihatan.

·      Membangun dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam aktiviti penjagaan kesihatan.

·      Menyelaras dan memantau program/aktiviti promosi kesihatan dalam komuniti.

·      Menyedia garis panduan untuk kegunaan program komuniti

·      Mengenalpasti 'amalan terbaik' dalam aktiviti penglibatan komuniti untuk perlaksanaan amalan tersebut secara menyeluruh dan lebih berkesan.

 

3.2  Membangun perkhidmatan Wellness yang komprehensif dan tersusun di peringkat penjagaan kesihatan primer untuk memperbaiki tahap kesihatan individu dan masyarakat

·      Mengenalpasti risiko kesihatan termasuk pekerjaan dan persekitaran yang perlu diberi intervensi

·      Menyediakan kaedah penilaian risiko mengikut keutamaan yang memberi impak paling berkesan terhadap kesihatan

·      Menyelaras dan memantau aktiviti pencegahan dan intervensi dan pengurusan risiko di peringkat penjagaan kesihatan primer.

·      Menilai kesesuaian 'teknologi/tool' yang diguna serta hasil output berbanding dengan peningkatan kesedaran.

·      Memperkukuhkan penilaian risiko kesihatan melalui program, aktiviti dan protokol saringan kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer di sektor awam dan swasta.

 

3.3  Mengintegrasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan penyakit akut dan kronik bagi penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta memperkukuhkan perkhidmatan yang berkualiti di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer.

·      Mengkaji secara menyeluruh prevalens penyakit di peringkat klinik Kesihatan

·      Menyediakan kaedah-kaedah intervensi secara 'pakej' dari pelbagai program bagi penyakit mengikut kumpulan sasaran.

·      Memantau sumber yang diluluskan, membuat "prioritization" dan penggunaan mengikut jenis penyakit yang diurus.

·      Menyediakan kaedah dan konsep program-program kualiti seperti program kepastian kualiti (QAP) dan prosedur operasi piawai (SOP) mengikut program yang diurus.

·      Mempertingkatkan penggunaan Clinical Practice Guideline secara konsisten dan mewujudkan Clinical Pathway di peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

 

3.4  Memperkukuhkan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Pra-hospital Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

·      Membuat 'mapping' perkhidmatan kecemasan yang disediakan oleh Poliklinik Komuniti dan Klinik Desa mengikut tahap.

·      Mengenalpasti 'gaps' dan keperluan bagi membangun perkhidmatan kecemasan yang 'appropriate' dan 'effisien' di peringkat klinik.

·      Menyelaras dan memperkukuhkan kemahiran tenaga manusia melalui program latihan 'emergency and trauma care' di penjagaan kesihatan primer

·      Mempertingkatkan infrastruktur dan keperluan asas bantuan kecemasan termasuk sistem rangkaian untuk berhubung terus dengan perkhidmatan 'call center' di hospital.

·      Menyelaras dan memantau proses 'credentialing and privileging' untuk prosedur-prosedur kecemasan untuk anggota kesihatan penjagaan kesihatan primer.

·      Menyelaras dan memperkukuhkan pemberian perkhidmatan bantuan kecemasan di antara penjagaan primer dan sekunder dalam "first response in crisis and disaster'.

 

3.5  Mengintegrasi perlaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan limitasi ketidakupayaan dan rehabilitasi pesakit di peringkat kesihatan primer.

·      Mengenalpasti skop program rehabilitasi penyakit kongenital, akut atau kronik yang bersepadu di peringkat primer mengikut resos yang ada dan dirancang.

·      Menyelaras dan memantau perlaksanaan perkhidmatan rehabilitasi di klinik kesihatan dan komuniti (rumah, sekolah dan lain-lain).

·      Menyedia dan mengawalselia perkhidmatan penjagaan pasca-operasi dan paliatif di peringkat kesihatan primer.

·      Menyelaras dan memantau perlaksanaan perkhidmatan rawatan penjagaan di rumah.


Terdapat 8 Klinik Kesihatan yang beroperasi di Kesihatan Daerah Jerantut.KK Jerantut  beroperasi sebagai Klinik Ibu & Anak. Walaubagaimanapun pada Jan 2009 seorang Pakar Kesihatan Keluarga telah ditempatkan di sini. KK3 Jerantut masih dalam proses teknikal dan dijangka tender akan keluar selewat-lewatnya Disember 2009.

Klinik Kesihatan (8)

  1. Jerantut

  2. Kuala Tembeling

  3. Kuala Tahan

  4. Jengka 8

  5. Damak

  6. Sg.Tekam Utara

  7. Kg.Bantal

  8. Lepar Utara 4


Kembali Ke Laman Utama

Type or paste your HTML here.

Kesihatan Primer